bertukarrrr~

bertukarrrr~
Powered By Blogger

Sunday, February 21, 2010

Makanan Yang Mencerdaskan Akal- Kismis

Khasiat Kismis
  • baik untuk kerongkong
  • menghilangkan batuk dan kahak
  • me'normal'kan kandungan air kencing
  • menguatkan perut
  • menyejukkan perut
  • membantu mencergaskan akal
  • mencerdaskan minda
  • menguatkan saraf
  • menghilangkan penyakit hempedu
  • menghindar keletihan
  • mengelokkan jantung
Cara Makan
Bagi para pelajar, elok amalkan memakan kismis tiga kali sehari:
  • sebelum sarapan pagi
  • tengahari
  • sebelum tidur malam
Makan 7 biji sekali makan; 21 biji sehari 

Wednesday, February 10, 2010

Minuman Yang Mencerdaskan Akal- Susu

Susu memang diketahui umum sebagai minuman yang berkhasiat yang mengandungi protein yang membantu perkembangan otak, pertumbuhan tulang, memberi kekuatan dan kecerdasan. Tahukah anda bahawa kolostrum asli (susu awal) yang dikumpul dalam tempoh 6 jam pertama selepas kelahiran anak lembu kaya dengan faktor imun dan pertumbuhan. Ini dapat menguatkan sistem imun badan dan membantu penjanaan semula sel dan membaiki tisu. Sebab itulah seeloknya bayi yang baru dilahirkan diberi minum susu ibunya.

Rasulullah saw ada menganjurkan agar membaca doa berikut sebelum meminum susu,

"Ya Allah, berikanlah keberkatan pada kami dalam susu ini dan tambahkanlah (keberkatan) bagi kami daripadanya."
Susu segar adalah lebih berkhasiat daripada susu tepung, manakala susu tepung lebih baik daripada susu cair.

Khasiat Susu
  • membantu menambahkan tenaga fizikal.
  • menguatkan tulang belakang.
  • mengelokkan otak.
  • meningkatkan kecergasan akal.
  • menajamkan penglihatan.
  • menghindari penyakit lupa.
  • menghilangkan suhu panas badan dan jantung.
  • ibu yang mengandung digalakkan banyak minum susu kerana susu dapat menambahkan kecerdasan otak bayi dalam kandungan.

Cara Minum
  • minum terus.
  • campur dengan minuman lain.
  • campurkan bersama 7 biji buah badam dan 21 biji kismis.
  • selepas minum susu, basuhlah mulut kerana di dalam susu ada lemak.

Tuesday, February 9, 2010

Makanan Yang Mencerdaskan Akal- Halia

Halia yang sering digunakan dalam masakan harian kita rupa-rupanya pun berfungsi untuk mencerdaskan akal.. Bukan setakat mengeluarkan angin dalam badan sahaja tau..
Terdapat pelbagai jenis halia. Halia yang baik adalah halia merah (halia bara). Halia yang lain (kuning) pun elok juga.

Khasiat Halia.
  • menyegarkan dan menguatkan urat saraf.
  • kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak. (rujuk post mengenai madu lebah sebelum ini)
  • membetulkan perjalanan darah dalam tubuh.
  • menguatkan ingatan.
      
    Cara Memakan Halia.
    • dihiris atau ditumbuk dan dicampurkan di dalam masakan yang sesuai.
    • dijadikan manisan (halwa) dan dimakan diwaktu pagi. Ia amat mujarab bagi mwngubati penyakit lupa.
    • direbus dan diminum airnya. Tambahkan dengan sedikit gula atau susu untuk lebih enak.
    • ditumbuk atau dihancurkan dan direndam dengan air panas.
    • dicampur dengan madu lebah.
    • jangan dicampur ais.
    Sumber: Panduan Mencerdaskan Minda

    Makanan Yang Mencerdaskan Akal- Madu Lebah

    1.MADU LEBAH.
       Didalam surah An-Nahl ayat 68, Allah telah menjelaskan madu lebah boleh mengubati pelbagai penyakit. Bagi yang menghidapi lemah daya fikir, cepat lupa, cuba amalkan madu lebah ini. Madu berperanan untuk menyingkirkan kahak atau lendir dalam dada dan kerongkong yang boleh menyebabkan lupa. Rasulullah saw pun mengamalkan minum madu lebah.


    Keistimewaannya
    • mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
    • tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman.
    • membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
    • mengandungi gula jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
    • mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
    • berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
    • menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada.
    Cara makan madu lebah
    • dimakan terus.
    • madu boleh dijadikan minuman dengan mencampurkan madu bersama air kosong atau minuman yang lain. Seeloknya minum sebelum sarapan.
    • Bagi yang sukar tidur malam, minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur.
    Sumber: Panduan Mencerdaskan Minda