bertukarrrr~

bertukarrrr~
Powered By Blogger

Tuesday, February 9, 2010

Makanan Yang Mencerdaskan Akal- Halia

Halia yang sering digunakan dalam masakan harian kita rupa-rupanya pun berfungsi untuk mencerdaskan akal.. Bukan setakat mengeluarkan angin dalam badan sahaja tau..
Terdapat pelbagai jenis halia. Halia yang baik adalah halia merah (halia bara). Halia yang lain (kuning) pun elok juga.

Khasiat Halia.
  • menyegarkan dan menguatkan urat saraf.
  • kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak. (rujuk post mengenai madu lebah sebelum ini)
  • membetulkan perjalanan darah dalam tubuh.
  • menguatkan ingatan.
      
    Cara Memakan Halia.
    • dihiris atau ditumbuk dan dicampurkan di dalam masakan yang sesuai.
    • dijadikan manisan (halwa) dan dimakan diwaktu pagi. Ia amat mujarab bagi mwngubati penyakit lupa.
    • direbus dan diminum airnya. Tambahkan dengan sedikit gula atau susu untuk lebih enak.
    • ditumbuk atau dihancurkan dan direndam dengan air panas.
    • dicampur dengan madu lebah.
    • jangan dicampur ais.
    Sumber: Panduan Mencerdaskan Minda

    No comments:

    Post a Comment