Didalam surah An-Nahl ayat 68, Allah telah menjelaskan madu lebah boleh mengubati pelbagai penyakit. Bagi yang menghidapi lemah daya fikir, cepat lupa, cuba amalkan madu lebah ini. Madu berperanan untuk menyingkirkan kahak atau lendir dalam dada dan kerongkong yang boleh menyebabkan lupa. Rasulullah saw pun mengamalkan minum madu lebah.
Keistimewaannya
- mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
- tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman.
- membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
- mengandungi gula jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
- mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
- berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
- menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada.
Cara makan madu lebah
- dimakan terus.
- madu boleh dijadikan minuman dengan mencampurkan madu bersama air kosong atau minuman yang lain. Seeloknya minum sebelum sarapan.
- Bagi yang sukar tidur malam, minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur.


.png)
No comments:
Post a Comment